Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya , kita sebagai seorang muslim masih lagi diberi peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini. Bersyukur juga kita kepada Allah SWT kerana telah diberikan nikmat yang besar iaitu nikmat Islam dan Iman. Sesungguhnya banyak lagi nikmat Allah SWT yang diberikan kepada hambaNya di dunia ini yang patutu kita syukuri sehinggankan kita tidak sanggup menhintungnya

Maksudnya:

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An-Nahl: 18)

Berdasarkan tema Maulidur Rasul pada tahun ini, Kecekalan Menghadapi Rintangan Membuahkan Kejayaan yang Cemerlang jelaslah bahawa tanpa ada semangat dan azam yang kental dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT, kejayaan yang diharapkan pastitidak akan dikecapi. Kita perlu mencontohi kisah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat baginda. Baginda sanggup menempuh segala rintangan, tuduhan, cemuhan dan kezaliman yang dilemparkan oleh umat baginda suatu ketika dulu dalam menyebarkan dakwah Islamiah yang suci ini.

Cuba kita renungkan sejenak, sekiranya baginda SAW tidak mempunyai semangat jihad yang tinggi dan kecekalan hari yang mendalam, agama Allah yang benar ini tidak akan sampai kepada kita sekarang. Mungkin hari ini, kita sedang menganut agama kristian atau pun buddha dan mungkin juga pada saat ini, kita sedang melakukan banyak perkara maksiat hingga menyebabkan diri kita digelumang dengan dosa yang menggunung tinggi sekiranya Islam tidak sampai ke dalam diri kita. Justeru, bersyukurlah wahai umat Muhammad, kentalkanlah jiwa kamu dalam menegakan syiar Islam dan sambunglah dakwah Rasulullah SAW agar ajaran-ajaran yang dibawa oleh baginda berterusan hingga ke akhir zaman.

editor: Ismail Azran