Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Alhamdulillah, sampailah kita ke bulan Syaaban, bulan di mana Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat sebagai persediaan untuk Ramadan al-Mubarak yang bakal menjelang. Hari ini merupakan 3 Syaaban, bermakna tinggal 27 hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke bulan Ramadan.

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah sama sahaja dengan bulan-bulan lain, cuma boleh diperbanyakkan puasa sunat sesuai dengan hadis Aisyah berkenaan puasa Rasulullah, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa (sunat) lebih banyak daripada bulan Syaaban.”

Jadi kami, pihak BUSAS menyeru kepada para pembaca supaya sama-sama kita mempertingkat dan menambah amalan kita sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.