Pada 1 Ogos yang lalu seramai 40 orang pelajar telah pergi ke Multimedia University, Cyberjaya untuk menghadiri Forum ‘Rock Sampai ke Syurga’ dengan Ustaz Fauzi selaku moderator dan Imam Muda Asyraf serta Sham Kamikaze selaku ahli panel. Program ini bermula selepas solat asar dan berakhir selepas solat fardu Maghrib. Mereka turut berbuka puasa di sana.