Janganlah kita fikir bahawa kita disayangi oleh Allah dengan sebab kita sentiasa mendapat nikmat. Berjaga-jagalah sentiasa setiap kali mendapat nikmat kerana takut kita DIISTIDRAJKAN (pemberian nikmat oleh Allah kepada hamba-Nya yang mana pemberiaan-Nya
itu tidak diredhai-Nya supaya hamba-Nya itu semakin lalai)
oleh Allah.
Rasa gembira apabila mendapat nikmat adalah perlu tapi jangan sampai melampaui batas.

Biarlah kita,
– rasa bimbang kerana takut nikmat yang diberikan akan
menambahkan lagi murka Allah kepada kita
– rasa malu kerana kita tidak layak untuk mendapat nikmat dari Allah disebabkan dosa kita yang terlalu banyak
– dan yang paling penting adalah rasa bersyukur kerana Allah sentiasa menempelak manusia di dalam Al-Quran disebabkan kebanyakan manusia tidak mahu bersyukur dengan nikmat Allah melainkan hanya sedikit sahaja.

Beringatlah sentiasa dan Salam Ma’al Hijrah. (15.11.2012/01.01.1434)

Advertisements