PENGENALAN

Secara amnya, Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah atau lebih dikenali sebagai BUSAS merupakan sebuah badan pembantu tadbir yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pelajar-pelajar Muslim terutamanya dalam aspek-aspek yang berteraskan rohaniah dan spiritual. Hal ini bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam amat relevan dengan peranan dan obligasi badan ini.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Ø      Berikhtiar untuk mengawasi akhlak pelajar-pelajar Islam di Sekolah Sultan Alam Shah.

Ø      Menghubungkan ukhuwah silaturahim dalam kalangan pelajar dan warga Alam Shah.

Ø      Berusaha mewujudkan Bi’ah Solehah (suasana baik) di Sekolah Sultan Alam Shah.

Ø      Berikhtiar untuk mewujudkan suasana keIslaman di Sekolah Sultan Alam Shah

Ø     Mentadbir dan mengurus organisasi BUSAS secara professional dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Ø       Melahirkan produk Alam Shah yang beriman dan beramal soleh di samping mampu bersaing di peringkat dunia.

MOTTO

“ KELUHURAN SAHSIAH MANIFESTASI USAHA TARBIYYAH ”

RASIONAL BADAN UGAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

Sebagai pelajar Muslim yang ingin menjadi modal insan yang bertaraf dunia, kemantapan sahsiah menjadi sesuatu anasir yang perlu. Oleh itu, BUSAS telah ditubuhkan atas dasar menggerakkan para pelajar kearah Mardhotillah (keredhaan Allah). Suasana inilah yang seharusnya diwujudkan bagi menyiapkan para pelajar dengan tatapan rohani yang boleh membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

LOGO BUSAS

DISKRIPTIF LOGO

MERAH    : Keberanian dan kekuatan rohani dan jasmani dalam perjuangan membina insan.

BIRU        : Ikatan ukhuwah yang erat antara satu sama lain

PUTIH      : Kesucian dan keluhuran peribadi individu muslim

KUNING  : Agama Islam itu keutamaan

SAS         : Semangat kesetiaan terhadap jihad pelajaran dan jihad manusia yang glokal

AHLI BADAN UGAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

a) Keahlian

Semua pelajar Muslim Sekolah Sultan Alam Shah menganggotai Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah (BUSAS)  secara automatik. Oleh itu, seluruh pelajar terlibat dengan segala aktiviti yang dijalankan.

b) Hak Ahli

Ø     Ahli berhak menghadiri Muktamar Sanawi (Mesyuarat Agong Tahunan) BUSAS.

Ø     Ahli berhak menyuarakan pendapat, kritikan dan teguran membina kepada mana-mana ahli jawatankuasa BUSAS yang dilantik untuk  .

Ø    Ahli berhak menyertai segala aktiviti (yang dikhususkan kepada semua ahli) yang dirancang oleh pihak BUSAS .

Ø    Ahli berhak mengetahui kedudukan kewangan BUSAS  dari semasa ke semasa.

c) Tanggungjawab Ahli

Ø    Memberi kerjasama sepenuhnya kepada ahli jawatankuasa BUSAS yang telah dilantik.

Ø    Menerima segala teguran dan melaksanakan segala arahan yang dikeluarkan oleh guru-guru penasihat serta AJK BUSAS selagi mana tidak melanggar syariat Islam dan peraturan sekolah.

Ø    Menjadi seorang anak yang soleh serta patuh kepada suruhan Allah, Rasulullah, ibu bapa dan guru.

Ø    Menjaga dan memelihara akhlak serta peribadi diri dengan sebaik mungkin.

Ø    Tidak sesekali melanggar larangan Allah dan peraturan sekolah.

Ø    Belajar bersungguh-sungguh di samping mengamalkan nilai-nilai mahmudah

PERANAN AHLI JAWATANKUASA BUSAS

a) Umum

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh AJK BUSAS :

Ø    Mencari keredhaan Allah dalam apa jua yang dilakukan.

Ø    Ikhlas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan matlamat dan tugas BUSAS kerana Allah.

Ø    Memelihara imej BUSAS sebagai sebuah badan dakwah dan rohani.

Ø    Menonjolkan diri sebagai pemimpin dan khalifah yang sebenar dalam kalangan pelajar dan umum.

Ø    Mengambil peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan terutamanya ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

Ø    Sentiasa mengamalkan yang makruf dan meninggalkan atau mencegah yang mungkar.

Ø    Bersikap tenang dan professional dalam menjalankan tugas atau tatkala menyelesaikan sebarang masalah.

Ø    Berusaha memperbaiki diri serta memantapkan amalan ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Ø    Berusaha untuk mengamalkan cara hidup Islam secara syumul (menyeluruh).

Ø    Sentiasa bertawakkal kepada Allah dalam segala amalan setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Ø    Mempunyai keyakinan diri dan berani dalam menjalankan amanah Allah.

b) Khusus

1. Presiden

Ø    Bertanggungjawab ke atas organisasi ini secara keseluruhan.

Ø    Membuat keputusan muktamad sekiranya syura tidak dapat menghasilkan suatu keputusan yang baik.

Ø    Membentuk dan memantapkan organisasi ke tahap optimum.

Ø    Mengetuai semua ketua lujnah yang telah dilantik.

Ø    Memastikan segala aktiviti dan matlamat BUSAS tercapai dengan jayanya.

Ø    Memastikan semua AJK BUSAS menjalankan tugas seperti yang telah dipertanggungjawabkan.

2. Timbalan Presiden Pengurusan

Ø    Memangku segala tugas Presiden semasa ketiadaannya.

Ø    Mempengerusikan semua syura yang diadakan.

Ø    Membantu Presiden dalam segala hal yang melibatkan pengurusan organisasi BUSAS.

Ø    Menyelaras segala aktiviti dalam Lujnah Penerbitan dan Lujnah Rehlah.

3. Timbalan Presiden Kerohanian

Ø    Memangku segala tugas Presiden dan Timbalan Presiden Pengurusan semasa ketiadaannya.

Ø    Mempengerusikan semua syura yang diadakan.

Ø    Membantu Presiden dalam segala hal yang melibatkan pembentukan sahsiah BUSAS.

Ø    Menyelaras segala aktiviti dalam Lujnah Musolla dan Lujnah Tarbiyyah.

4. Setiausaha Agung

Ø    Mencatat minit syura semasa syura dijalankan.

Ø    Menyediakan minit syura yang lalu sebelum syura yang seterusnya dibuat supaya dapat disahkan.

Ø    Menyiapkan laporan aktiviti dalam buku laporan BUSAS.

Ø    Menghantar laporan setiap aktiviti dan minit syura yang telah disahkan kepada Guru Penasihat pada setiap penggal.

Ø    Menyimpan rekod am semua ahli jawatankuasa.

Ø    Mengurus hal-hal berkaitan surat-menyurat bagi pihak organisasi.

Ø    Memanggil semua AJK untuk menghadiri syura atas arahan Presiden.

Ø    Menyelaras semua urusan pentadbiran lujnah.

5. Timbalan Setiausaha

Ø    Mengumpulkan setiap kertas kerja aktiviti yang telah diadakan.

Ø    Mengumpulkan laporan setiap aktiviti yang telah diadakan.

Ø    Memantau kebajikan setiap AJK.

Ø    Membantu tugas – tugas Setiausaha Agung.

6. Bendahari Kehormat

Ø    Menguruskan kutipan wang organisasi sekiranya AJK perlu membayar wang untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Ø    Menyimpan rekod wang organisasi.

Ø    Merancang dan mengemukakan cadangan sumber kewangan dalam syura segala program.

Ø    Mencatat pengaliran wang organisasi.

Ø    Memastikan pengaliran wang organisasi digunakan di jalan yang sepatutnya.

Ø    Menghantar penyata kewangan kepada Ketua Guru Penasihat atau Guru Penasihat BUSAS bagi tujuan semakan dan pengesahan.

Ø    Melaporkan kedudukan kewangan BUSAS dalam Muktamar Sanawi.

Ø    Memastikan tiada penyelewengan wang yang digunakan untuk sesebuah projek

Ø    Menyelaras segala aktiviti yang dijalankan oleh Lujnah Kebajikan.

7. Ketua-ketua Lujnah

Ø    Memastikan ahli-ahli lujnah berperanan dengan baik.

Ø    Mempengerusikan syura kecil bagi lujnah masing-masing.

Ø    Menghantar laporan tugas lujnah masing-masing dalam syura.

Ø    Membentangkan prestasi lujnah masing-masing dalam syura.

Ø    Bertangggungjawab mengendalikan semua aktiviti lujnah yang telah dirancang dan dipersetujui dalam syura.

PERANAN-PERANAN LUJNAH

LUJNAH ICT DAN PENERBITAN

Peranan Lujnah

Ø    Menghasilkan risalah (broucher) bagi setiap program dan majlis yang dijalankan.

Ø    Menerbitkan artikel-artikel yang mampu meluaskan pengetahuan para pelajar tentang agama Islam.

Peranan Syukbah Dokumentasi

Ø Mencatat rumusan segala aktiviti yang dijalankan.

Ø Mengambil gambar setiap aktiviti dan menyediakan laporan..

Ø Bekerjasama dengan Setiausaha Agung dalam penyediaan laporan aktiviti.

 

LUJNAH KEBAJIKAN

Peranan Lujnah

Ø    Menjaga kebajikan AJK BUSAS serta seluruh pelajar Sekolah Sultan Alam Shah yang berkaitan dengan agama Islam.

Ø    Mengadakan infaq (derma kilat) setiap kali berlakunya musibah yang besar ke atas warga Alam Shah.

Ø    Menyelaras serta menguruskan pengurusan puasa sunat bagi para pelajar.

Peranan Syukbah Islamic Outreach

Ø    Merancang dan menyelaras sebarang lawatan dan aktiviti kerohanian di luar sekolah.

Ø    Menjalinkan hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar pendapat dengan Badan Dakwah dan Rohani daripada sekolah-sekolah lain.

Peranan Syukbah Baitulmal

Ø    Mengutip bayaran-bayaran daripada AJK BUSAS yang diperlukan segera untuk kegunaan organisasi.

Ø    Membantu Bendahari Kehormat dalam menguruskan hal-hal kewangan AJK BUSAS.

LUJNAH MUSOLLA

Peranan Lujnah

Ø    Memastikan musolla dalam keadaan yang terbaik daripada aspek kebersihan, keceriaan dan kekemasan.

Peranan Sukbah Inventori

Ø    Bertanggungjawab ke atas semua harta musolla seperti Al-Quran, buku-buku, risalah-risalah, perabot, system siaraya, alatan elektrik, alatan pembersihan dan sebagainya.

Ø    Merekod setiap pinjaman dan kemasukan buku-buku baru di musolla.

Peranan Syukbah Kebersihan & Keceriaan

Ø    Memastikan musolla sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria pada setiap masa bagi menjamin keselesaan para jemaah musolla.

Ø    Bertanggungjawab ke atas alatan pembersihan musolla serta menyediakan laporan kerosakan alatan.

Ø    Menukar dan menampal informasi terkini pada papan kenyataan dari semasa ke semasa.

Peranan Syukbah Siaraya

Ø    Memastikan alatan siaraya mencukupi dan berfungsi dengan baik dan melaporkan segala kerosakan alatan siaraya..

Ø    Menjaga alatan siaraya dengan baik dan merujuk kepada Presiden jika terdapat urusan peminjaman daripada pihak luar.

Ø    Mengatur dan menyelaras segala pengumuman dan tayangan yang ingin dibuat di musolla

LUJNAH TARBIYYAH

Peranan Lujnah

Ø    Mengatur dan melaksanakan program-program yang berorientasikan kerohanian dan spiritual.

Ø    Memikirkan cara yang terbaik untuk mengembangkan semangat dakwah dalam kalangan ahli-ahli lujnah.

Ø    Berusaha mewujudkan suasana Islam secara syumul di sekolah Sultan Alam Shah.

Ø    Bertindak memberikan tarbiyyah (pendidikan) menyeluruh kepada para AJK dalam usaha menjalankan dakwah.

 

Peranan Syukbah Ta’lim dan Tazkirah

Ø    Merancang dan melaksanakan tazkirah kepada para pelajar tentang kehidupan sebagai seorang Muslim yang beriman.

Ø    Mengatur dan melaksanakan pengisian slot ‘Haiya bil Arabiyyah’ pada majlis perhimpunan sekolah hari Jumaat.

Ø    Mengatur dan melaksanakan pengisian slot tazkirah pada majlis perhimpunan sekolah hari Jumaat.

Peranan Syukbah Tafaqquh Islamiah

Ø    Menguruskan program usrah AJK BUSAS dan pelajar.

Ø    Membantu Lujnah Penerbitan bagi menerbitkan risalah-risalah untuk memastikan warga Alam Shah lebih faqqih tentang Islam.

LUJNAH REHLAH

Peranan Lujnah

Ø    Mengatur dan melaksanakan program-program yang berorientasikan kerohanian dan spiritual dalam kalangan AJK BUSAS.

Ø    Menjaga disiplin dan adab setiap pelajar ketika beriadah berpandukan syariat Islam.

Ø    Berusaha mewujudkan suasana Islam secara syumul di sekolah Sultan Alam Shah.

Ø    Mengambil tindakan dengan memberikan nasihat serta mengenakan amaran kepada pelajar yang tidak beradab ketika beriadah.

 

Peranan Syukbah Kesihatan

Ø    Memastikan setiap AJK BUSAS dan pelajar turun untuk beriadah pada waktu petang.

Ø    Mengatur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti riadah dalam bentuk sukaneka dan permainan antara AJK BUSAS.

Peranan Syukbah Disiplin

Ø    Memberikan nasihat dan teguran kepada pelajar yang tidak menjaga adab ketika beriadah.

Ø    Mengenakan tindakan kepada pelajar yang mendedahkan aurat ketika beriadah.

SYURA

Syura untuk para AJK BUSAS akan diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan bergantung kepada keadaan semasa. Syura bagi setiap lujnah pula akan diadakan mengikut keadaan semasa atas arahan Ketua Lujnah.

DISIPLIN AHLI JAWATANKUASA

Mana-mana AJK BUSAS yang terlibat dengan kes disiplin sekolah yang berat dengan sengaja akan digugurkan daripada jawatan yang disandang. Selain itu, AJK Tertinggi BUSAS serta Ketua Syukbah Disiplin juga memandang berat terhadap AJK yang menghadapi masalah peribadi untuk dilucutkan jawatannya. Namun, segala keputusan adalah di bawah kuasa dan budi bicara Guru-guru Penasihat BUSAS setelah syura dilaksanakan serta diputuskan rasional dan kepentingan bersama.