Category: Uncategorized


AIMAN SYAKIRIN BIN ZAIDUN, Timbalan Setiausaha BUSAS 2012/13
(13/09/2012 – 18/01/2013)

Berikutan perpindahan saudara Aiman Syakirin bin Zaidun ke Program Pendidikan Menengah Tinggi PermataPINTAR Negara di UKM Bangi, menyebabkan terdapat satu kekosongan dalam jawatankuasa tertinggi BUSAS 2012/13 iaitu bagi jawatan Timbalan Setiausaha.

Sementara bagi mengisi kekosongan tersebut, saudara Aizat bin Azman (Timbalan Presiden Kerohanian) telah memangku jawatan tersebut selama 11 hari selepas ketiadaan saudara Aiman Syakirin.

Oleh itu, satu syura tergempar telah diadakan pada 29 Januari 2013 (Selasa) yang lalu melibatkan semua AJK BUSAS tingkatan 4 dan 5. Majlis syura sebulat suara mencalonkan saudara Irfan Sabri bin Mohd Sabri (4 Usaha) sebagai Timbalan Setiausaha Sesi 2012/13 yang baharu.

 

IRFAN SABRI BIN MOHD SABRI, Timbalan Setiausaha BUSAS Sesi 2012/13 Baharu
(29/01/2013 – kini)

Keputusan syura ini akan kami panjangkan kepada pihak pentadbir dalam syura bersama pentadbir yang akan diadakan selepas ini. 

Semoga dengan pelantikan saudara Irfan akan lebih memantapkan lagi pengurusan BUSAS dan menaikkan BUSAS ke tahap yang lebih gemilang pada masa-masa akan datang.

Advertisements

Masjid Nabawi merupakan masjid kedua paling suci dalam perspektif Islam selepas Masjidil Haram.

Dalam satu hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah (s.a.w.) Bersabda: Satu solat di dalam masjidku ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram.

Hadith riwayat Ibn Munzir daripada Jabir, Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Satu solat di dalam masjidku ini adalah bersamaan dengan 1 000 kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram bersamaan 100 000 kali.

Maka mauduk penulisan kami ini ialah Imam Masjid Nabawi yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Taibah al-Tayyibah (طيبة الطيبة).

Dr. Ali Abdulrahman Al-Huzaifi, 67

 Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Ali bin Abdulrahman bin Ali bin Ahmad Al-Huzaifi

Keturunan: Bani ‘Amir bin Hawazin bin Adnan bin Ismail a.s.

Tarikh @ Tempat Lahir: 01/07/1366H – 23/05/1947 @ Perkampungan Al-Awamir, 100+ km ke selatan Makkah

Pendidikan:

  • 1392H / 1973 B.A. (Syariah) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh
  • 1395H / 1976 M.A. (Syariah) – Universiti Al-Azhar, Mesir
  • 1397H / 1978 Ph.D. (Syariah) – Universiti Al-Azhar, Mesir

Kerjaya:

  • Tutor di Universiti Islam Madinah (1978)
  • Imam di Masjid Quba (1978 dan selepasnya, tempoh berselang)
  • Imam dan Khatib Masjid Nabawi (1979 – 1981)
  • Imam dan Khatib Masjidil Haram (1981 – 1982)
  • Kemudian menjadi Imam dan Khatib di Masjid Nabawi semula. (1982 – sekarang)
  • Kini Imam Besar Masjid Nabawi.
  • Ketua Lajnah Tashih Al-Quran, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, Madinah (2004 – sekarang)
  • Anggota Majlis Rakaman Bacaan Al-Quran, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, Madinah
  • Anggota Majlis Tertinggi Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, Madinah

Anugerah/Pencapaian:

  • Mendapat ijazah bacaan Al-Quran qiraat sepuluh daripada Sheikh Abdulaziz Alzayyat
  • Ijazah pengajaran Hadith daripada Sheikh Hammad Al-Ansari
  • Anaknya, Sheikh Ahmad bin Ali Al-Huzaifi, juga merupakan seorang imam dan pernah mengimamkan solat Tarawih di Masjid Quba’.

Salah bin Muhammad Al-Budair, 43

 Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Salah (صلاح) bin Muhammad Al-Budair

Keturunan: Bani Tamim bin Adnan bin Ismail a.s.

Tarikh @ Tempat Lahir: 1390H / 1971M @ Hofuf

Pendidikan:

  • B.A. (Syariah) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh
  • LL. M. – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh

Kerjaya:

  • Imam dan Khatib Masjid Nabawi (1999 – )
  • Pemangku Imam Besar Masjid Nabawi (2011 – 2012) – ketiadaan Sheikh Huzaifi.
  • Imam Tarawih Masjidil Haram (2005, 2006)
  • Hakim Mahkamah Agung Madinah

Anugerah/Pencapaian:

  • Memulakan tugas selaku Imam ketika masih bersekolah menengah, berusia 16 tahun (1986)

*Umur dihitung mengikut tarikh Hijrah , iaitu berdasarkan 19 Muharram 1434 H.

Dr. Abdulmuhsin Muhammad Al-Qasim, 45

 Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Abdulmuhsin bin Muhammad bin Abdulrahman Al-Qasim

Keturunan: Bani Qahtan

Tarikh @ Tempat Lahir: 1388H/1968 @ Makkah

Pendidikan:

  • 1410H / 1990 B.A. (Syariah) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh
  • 1413H / 1993 M. A. (Fiqh Perbandingan) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh
  • 1420H / 2000 Ph. D. (Fiqh) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh

Kerjaya:

  • Imam dan Khatib Masjid Nabawi (1998 – )
  • Pegawai Kehakiman Mahkamah Riyadh
  • Hakim Mahkamah al-Bida’, Tabuk
  • Hakim Mahkamah Madinah (1998 – )

Anugerah/Pencapaian:

  • Mendapat ijazah bacaan al-Quran sebahagian daripada qiraat 10 daripada Sheikh Ali Abdulrahman Al-Huzaifi, Ahmad al-Zayyat, Ibrahim al-Akhdar.

Abdulbari Awadh Al-Thubayti, 53

 Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Abdulbari bin Awadh bin Ali Al-Thubayti

Keturunan: Bani Utaybah

Tarikh @ Tempat Lahir: 1380H/1961 @ Makkah

Pendidikan:

  • 1405H / 1985 B. Sc. – Universiti Raja Abdulaziz, Jeddah
  • 1409H / 1989 Diploma Tinggi (Syariah) – Universiti Umm Al-Qura, Makkah
  • 1415H / 1995 M.A. (Syariah) – Universiti Umm Al-Qura, Makkah
  • Ph.D. – Universiti Islam Madinah

Kerjaya:

  • Imam Tarawih di United Kingdom (1978)
  • Imam Masjidil Haram (1990 – 1994)
  • Imam Masjid Nabawi (1994 – )
  • Setiausaha Persatuan Usrati Madinah

Anugerah/Pencapaian:

  • Tempat pertama Pertandingan Hafazan al-Quran Antarabangsa Makkah (1979)

Dr. Husain Abdulaziz Aal Al-Sheikh

 Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Husain bin Abdulaziz bin Hasan bin Abdulaziz Aal Al-Sheikh

Keturunan: Bani Tamim. Berketurunan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Tempat Lahir: Riyadh

Pendidikan:

  • B. A. (Syariah) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh
  • M.A. (Syariah) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh
  • Ph.D. (Fiqh) –  Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh

Kerjaya:

  • Imam Masjid Nabawi (1999 – )
  • Pegawai Kehakiman Najran (1989 – 1991)
  • Hakim Mahkamah Najran (1992 – 1998)
  • Hakim Mahkamah Agung Madinah (1998 – )

 

Sumber rujukan:

http://ar.wikipedia.org/

http://www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=372&hid=2477&pid=456268

http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=4090&idto=4097&bk_no=53&ID=609

http://english.islamweb.net/media/index.php?page=article&lang=A&id=150647

http://quransound.net/alhuzaifi/11-alhuzaifi-bio/12-alhuzaifi-bio.html

http://www.ahlalalm.org/vb/threads/ahlalalm38611/

http://www.ansab-online.com/phpBB2/showthread.php?14665-%C7%D5%E1-%DA%C7%C6%E1%C9-%C7%E1%C8%CF%ED%D1-%DD%ED-%C7%E1%DA%E1%C7

http://www.mazameer.com/vb/showthread.php?t=21924

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=79210

http://www.qurrataiba.com/vb/showthread.php?11078-%DD%D6%ED%E1%C9-%C7%E1%D4%ED%CE-%C7%E1%DE%C7%D3%E3-%ED%CD%D5%E1-%DA%E1%EC-%C7%E1%CF%DF%CA%E6%D1%C7%E5

http://www.inshad.com/forum/showthread.php?t=11085

http://www.mazameer.com/vb/showthread.php?t=54751

http://www.qurrataiba.com/vb/showthread.php?17998-%D3%ED%D1%C9-%C7%E1%D4%ED%CE-%CD%D3%ED%E4-%C8%E4-%DA%C8%C7%E1%DA%D2%ED%D2-%C2%E1-%C7%E1%D4%ED%CE

http://www.ebadarahman.com/forum/showthread.php?1795-%E1%D3%ED%D1%C9-%C7%E1%D0%C7%CA%ED%C9-%E1%D4%ED%CE%E4%C7-%C7%E1%DD%C7%D6%E1-%CD%D3%ED%E4-%C2%E1-%C7%E1%D4%ED%CE-%CD%DD%D9%E5-%C7%E1%E1%E5-..

Biografi Imam Masjidil Haram

Imam, seperti yang kita maklum, ialah orang yang mengetuai solat. Antara kriteria ialah perlunya seseorang itu lebih alim dan faqih dalam bacaan Quran, hadis serta banyak ilmunya.

Oleh sebab itu bukan calang-calang orang layak memimpin solat di Masjidil Haram dan begitu juga Masjid Nabawi memandangkan kedudukan dua buah masjid ini dalam perspektif Islam.

Berikut ialah imam-imam Masjidil Haram.

Dr. Abdulrahman Abdulaziz Al-Sudais, 51

Surah al-Fatihah

Nama lengkap: Abu Abdulaziz, Abdulrahman bin Abdulaziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdulaziz bin Muhammad bin Abdullah Al-Sudais

Keturunan: Bani Anizzah bin Adnan bin Ismail a.s. bin Ibrahim a.s.

Tarikh @ Tempat lahir: 01/07/1382 H – 29/11/1962 @ Riyadh

Pendidikan:

  • Tahun 1399 H / 1979 Sijil pendidikan menengah di Kolej Sains Riyadh (Mumtaz)
  • 1403 H / 1983 B.A. (Syariah) Universiti Riyadh
  • 1407 H /1987 M.A. (Usuluddin) Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud
  • 1416 H / 1996 Ph.D. (Syariah Islamiah) Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Imam dan Khatib Masjidil Haram (1984 – ) – kini Imam Besar
  • Profesor Syariah, Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Umm Al-Qura, Makkah
  • Rektor Universiti Antarabangsa Al-Ma’rifah (Pengajian jarak jauh)
  • Penyelia Akademi Pemimpin Dakwah Makkah
  • Ketua Badan Pengurusan Masjidil Haram dan Nabawi (2012 – )

Anugerah/Pencapaian:

  • Menghafaz al-Quran ketika berumur 12 tahun
  • Personaliti Islam – DIHQA 2005

Dr. Saud Ibrahim Al-Shuraim, 48

Surah al-Fatihah

Nama lengkap: Saud bin Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim bin Nasir bin Ibrahim bin Muhammad bin Shuraim Al-Shuraim

Keturunan: Bani Zaid bin Qahtan

Tarikh @ Tempat lahir: 27/09/1385H – 19/01/1966 @ Riyadh (sumber diperlukan)

Pendidikan:

  • Tahun 1404 H / 1984 Sijil pendidikan menengah di Sekolah Integrasi Yarmuk
  • 1409 H / 1989 B.A. (Akidah dan Fiqh Semasa) Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud
  • 1413 H /1993 M.A. (Undang-undang dan Kehakiman) Universiti Imam Muhammad bin Saud
  • 1416 H / 1996 Ph.D. (Fiqh Perbandingan) Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Imam dan Khatib Masjidil Haram (1992 – )
  • Tutor di Fakulti Undang-undang, Universiti Imam Muhammad bin Saud (1990)
  • Hakim Mahkamah Agung Makkah (1993)
  • Tenaga pengajar di Masjidil Haram (1994) kemudian di Universiti Umm Al-Qura
  • Dekan Fakulti Pengajian Undang-undang, Universiti Umm Al-Qura (2011 -)

Anugerah/Pencapaian:

  • Menghafaz al-Quran ketika berumur 17/18 tahun
  • Dilantik sebagai profesor pakar fiqah di Universiti Umm Al-Qura – 2011

Dr. Abdullah Awwad Al-Juhani, 37

Surah al-Fatihah

Nama lengkap: Abdullah bin Awwad bin Fahd bin Mayoof bin Abdullah bin Muhammad bin Kadyuwan Al-Humaimi Al-Dhabyani Al-Juhani

Keturunan: Bani Juhainah bin Qahtan

Tarikh @ Tempat lahir: 11/01/1396 H – 13/01/1976 @ Madinah Munawwarah

Pendidikan:

  • 1420H / 2000 B. A. (Quran) – Universiti Islam Madinah
  • 1430H / 2009 M.A. (Quran) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1433H / 2012 Ph.D. (Tafsir) – Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Imam Masjid Qiblatain (1996 – 1997)
  • Imam Masjid Nabawi (1997 –  2002)
  • Imam Masjid Quba (2002 – 2005)
  • Imam Tarawih Masjidil Haram (2006, 2007)
  • Imam Masjidil Haram (2007 – )

Anugerah/Pencapaian:

  • Tempat pertama Pertandingan Tilawah Al-Quran Makkah (1992) – berumur 16 tahun
  • Satu-satunya Imam Masjidil Haram yang pernah mengimamkan solat di 4 masjid: Masjid Quba, Qiblatain, Nabawi, Al-Haram
  • Pernah mendapat tawaran menjadi Imam di Washington DC (1997) tetapi beliau menolak kerana memilih untuk ke Masjid Nabawi, Madinah.

Dr. Maher Hamad Al-Muaiqly, 44

Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Maher bin Hamad bin Muhammad bin Muaiqal Al-Muaiqly Al-Balwi

Keturunan: Bani Baliy bin Qahtan

Tarikh @ Tempat lahir: 18/10/1388 H – 07/01/1969 @ Madinah Munawwarah

Pendidikan:

  • 1412 H / 1992 B. Ed. (Matematik) – Universiti Taibah
  • 1425H / 2004 M.A. (Fiqh Imam Ahmad ibn Hanbal) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1433H / 2012 Ph.D. (Tafsir) – Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Imam Masjid al-Sa’adi, Awali, Makkah (2003 – 2007)
  • Imam Tarawih Masjid Nabawi (2005, 2006)
  • Imam Masjidil Haram (2007 – )
  • Pensyarah Universiti Umm Al-Qura

Dr. Saleh Muhammad Aal Talib, 41

Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Saleh bin Muhammad bin Ibrahim bin Muhammad bin Nasir Aal Talib Al-Fudhli

Keturunan: Bani Al-Fudhul bin Qahtan

Tarikh @ Tempat lahir: 16/07/1393 H – 15/08/1973 @ Riyadh

Pendidikan:

  • Sekolah Tahfiz Quran Riyadh
  • 1415 H / 1995 B. A. (Syariah) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud
  • 1417H / 1997 M.A. (Undang-Undang) – Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud
  • Ph.D. (Undang-undang Antarabangsa) – United Kingdom
  • Mendapat ijazah dari Fakulti Undang-undang Antarabangsa di Washington DC, USA

Kerjaya:

  • Hakim Mahkamah Agung dan Sesyen Riyadh
  • Hakim Mahkamah Turabah, Makkah (1998 – 2000)
  • Hakim Mahkamah Rabigh (2000 – 2003)
  • Hakim Mahkamah Agung Makkah (2003- )
  • Imam dan Khatib Masjidil Haram (2002 – )
  • Timbalan Pengerusi Bahagian Cenderahati Khidmat Jemaah Haji dan Umrah
  • Tenaga pengajar Masjidil Haram (2009 – )
  • Pengerusi Suruhanjaya Anti Rokok Makkah

Anugerah/Pencapaian:

  • Setelah dilantik menjadi Imam di Masjidil Haram beliau mempelajari Bahasa Inggeris selama sembilan bulan di Oxford University, United Kingdom dan Alhamdulillah mampu bertutur dalam bahasa tersebut dengan baik.
  • Menjadi Imam Masjid ‘Aliyaa Ale Sheikh , Riyadh, ketika umurnya 17 tahun .
  • Ahli Perhimpunan Antarabangsa bagi Kehakiman Perniagaan di ICJ The Hague, Netherlands

Dr. Khalid Ali Al-Ghamdi, 46

Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Khalid bin Ali bin ‘Abdan Aal Ablaj Al-Ablaji Al-Ghamdi

Keturunan: Ghamid bin Hud a.s. serta Ablaj bin Ali bin Hasan bin Ali r.a.

Tarikh @ Tempat lahir: 10/02/1388 H – 08/05/1968 @ Makkah

Pendidikan:

  • Kolej Sains Makkah
  • 1411H / 1991 B. A. (Al-Quran Dan Sunnah) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1416H / 1996 M.A. (Qiraat) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1421H / 2001 Ph.D. (Tafsir Al-Tha’labi) – Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Imam Masjid Al-Khalidiyah (1986)
  • Imam Masjid Puteri Shaykha binti Abdulrahman Al Saud (1986)
  • Penolong Profesor Fakulti Dakwah dan Usuluddin Universiti Umm Al-Qura (2002)
  • Ketua Bahagian Qiraat, Fakulti Al-Quran (2002 – 2004)
  • Imam Masjid Khaif, Mina (2002 – 2008)
  • Imam Masjidil Haram (2008 – )
  • Imam Tarawih Masjid Nabawi (2010, 2012)
  • Imam Masjid Quba’ (Ramadan 2012)

Anugerah/Pencapaian:

  • Dikenali juga dengan nama Imam al-Haramain, kerana pernah menjadi imam di Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Khaif dan Masjid Quba’
  • Mempelajari tiga Qiraat selain Hafs (Nafi’, ‘Asim, Ibn Kathir)

Dr. Faisal Jamil Ghazzawi, 47

Nama lengkap: Faisal bin Jamil bin Hasan Ghazzawi

Tarikh @ Tempat lahir: 10/02/1388 H – 08/05/1968 @ Makkah

Pendidikan:

  • 1409H / 1989 B. A. (Qiraat) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1417H / 1997 M.A. (Qiraat) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1423H / 2002 Ph.D. (Qiraat) – Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Pembantu Pengajar bahagian Qiraat Universiti Umm Al-Qura (2004 – )
  • Ketua Bahagian Qiraat, Universiti Umm Al-Qura (2005 – )
  • Imam Masjidil Haram (2007 – )

Dr. Usama bin Abdullah Khayyat, 58

Surah Al-Fatihah

Nama lengkap: Usama bin Abdullah bin Abdulghani bin Muhammad bin Abdulghani bin Ibrahim Khayyat

Keturunan: Bani Baliy bin Qahtan

Tarikh @ Tempat lahir: 01/07/1375 H – 13/02/1956 @ Makkah

Pendidikan:

  • 1397H / 1977 B. A. (Syariah) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1402H / 1982 M.A. (Syariah) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1408H / 1988 Ph.D. (Syariah) – Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Pensyarah Bahagian Syariah, Universiti Umm Al-Qura (1983)
  • Imam dan Khatib Masjidil Haram (1998 – )
  • Ketua Bahagian Quran dan Sunnah, Fakulti Dakwah sebanyak tiga penggal berturut-turut
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Mukjizat Saintifik dalam Quran dan Sunnah selama dua tahun

Anugerah/Pencapaian:

  • Bapanya, Abdullah Khayyat, dahulu merupakan Imam Masjidil Haram, beliau menggantikan tempat bapanya pada 1998 setelah bapanya meninggal dunia.

Dr. Saleh Abdullah Aal Humaid, 65

Nama lengkap: Saleh bin Abdullah bin Muhammad bin Humaid Aal Humaid Al-Khalidi

Keturunan: Bani Khalid

Tarikh @ Tempat lahir: 01/01/1369 H – 23/10/1949 @ Buraydah

Pendidikan:

  • 1395H / 1975 B. A. (Syariah) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1396H / 1976 M.A. (Fiqh dan Usul Fiqh) – Universiti Umm Al-Qura
  • 1402H / 1982 Ph.D. (Syariah) – Universiti Umm Al-Qura

Kerjaya:

  • Imam dan Khatib Masjidil Haram (1982- )
  • Anggota Ulama Senior Saudi (2001 – )
  • Anggota Majlis Tertinggi (Hal Ehwal Masjid), Rabitah Alam Islami
  • Anggota Pertubuhan Bantuan Islam Antarabangsa
  • Pengerusi Majlis Syura Arab Saudi (2002 – 2009, 2012 – )
  • Pengerusi Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi (2009 – 2012)

Jadi begitulah sedikit sebanyak biografi Imam-Imam Masjidil Haram (2013) walaupun sedikit maklumatnya tetapi setakat ini dahulu dan selepas ini kami akan teruskan dengan Imam-Imam Masjid Nabawi.

*Makluman: Umur diambil berdasarkan tarikh 18 Muharram 1434 Hijrah.

Sumber rujukan:

http://ar.wikipedia.org/

http://www.alsudays.com/page.php?do=show&action=alsudays

http://www.assedais.net/index.php?tool=page&do=browse&id=history

http://www.nquran.com/index.php?group=view&rid=3127

http://alhrmain.com/vb/showthread.php?t=69348

http://makkah.org.sa/

http://www.qmm1.com/vb/showthread.php?t=200614

http://www.tawsl.net/vb/t3331.html

http://www.alharamain.gov.sa/index.cfm?do=cms.conarticle&contentid=5943&categoryid=1025

http://s-alheremin.com/leader-page/10/

http://www.facebook.com/pages/%D9%81%D8%B6%D9%8A%D9%84%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%83%D8%AA%D9%88%D8%B1-%D8%AE%D8%A7%D9%84%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%BA%D8%A7%D9%85%D8%AF%D9%8A/253537372440?sk=info

http://uqu.edu.sa/fgghazzawi

http://www.mazameer.com/vb/showthread.php?t=73225

http://www.mazameer.com/vb/t58761.html

http://www.mnrat-d.com/Pages/EmamDetail.aspx?id=19

Couplekah Anda?

Couplekah anda? 

Mohamad Akma Ridzuwan bin Aridi

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya.

Sebagaimana firman-NYA, “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga)”. (Ali Imran: 14).

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi) ALLAH berfirman, “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik?. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau, “Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan”. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya”.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau, “Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkandalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya”.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau, “Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT, ‘Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yangberpenyakit di dalam hatinya’ (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan”. Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.

Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat. Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untukmenghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda,”Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli”.

Pelepas Beban
Faridul Fawzan bin Abd Wahab

 

Kita sering menyalahkan orang lain tatkala mereka tidak menjadi seperti yang kita inginkan. Mulut pun segera mencaci dan menghina mereka, seolah-olah kita ni manusia sempurna.

Hidayah itu sememangnya milik Allah. Namun tidak bermakna bahawa Allah itu kejam apabila ada yang tidak mengecap hidayah-Nya.

 
 ” Dan sekiranya Kami berkehendak nescaya Kami berikan kepada setiap jiwa hidayah untuknya, tetapi telah ditetapkan daripada-Ku, ‘Pasti akan Aku penuhkan neraka jahanam dengan jin dan manusia bersama-sama’. ” Surah as-Sajdah, 32:13

Terbukti kadangkala hidayah itu perlu dicari. Namun, tetap saja tidak memberikan kita lesen untuk menyalahkan orang yang tidak mencarinya semata-mata. Perlu kita tanya pada diri, selebar manakah ruang yang telah kita berikan untuk insan lain mengecap hidayah serta melangkah di atas medan tarbiyyah bersama-sama kita? Adakah kita pernah mencuba atau adakah kita semata-mata mencela? Sekiranya mencuba, adakah kita tegar bertahan dan bersabar?

Tarbiyyah itu memerlukan usaha dua hala. Namun, sering saja usaha yang diimplementasikan seolah-olah bertepuk sebelah tangan. Memang ada yang menerima, namun tidak kurang juga yang menolak, malah sekeras-kerasnya. Sering kali juga reply yang diterima mengecewakan.

Namun jangan risau pejuang semua, Allah bersama-sama kita. Seperti slogan yang dilaungkan oleh haiwan-haiwan Wonder Pets, “Apa yang penting.. KERJASAMA!!” Paling tidak pun, sama-samalah kita bimbing sesama sendiri kerana diri ini sendiri pun tidak dapat menjamin keteguhan hatinya. Lupakan saja Superman, Batman, Spider-Man, mahu pun Aiman(?), kitalah superhero ummah, the ones that are chosen by Allah! ” Dan ketika suatu umat dalam kalangan mereka berkata, ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab oleh Allah dengan azab yang sangat keras?’ Mereka menjawab, ‘Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa’. ” (Surah al-A’raf : 164)

Ya Allah, teguhkanlah hati ini agar bisa bersama-sama dengan para pejuang-Mu..

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami, dan kurniakanlah untuk kami rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau yang Maha Pemberi.” (Ali-Imran : 8)

“Maka segeralah kamu kembali kepada Allah.” -Quran 51:50-

 

Kebanyakan dan hampir semua antara kita, paling tidak pun, mesti akan terfikir untuk berubah menjadi lebih baik walaupun sedikit.

 

Itu bermaksud, hidayah Allah itu datang lagi.

 

Kenapa ‘lagi’?

Sebab ketahuilah Allah itu menyayangi hamba-hambaNya

dan sentiasa melimpahkan kasih-sayangNya (rahmatNya) kepada kita.

 

Pernah tak terasa, bila kita buat sesuatu yang salah, kita akan terasa sesuatu

seperti ada lintasan di dalam hati,

yang membuatkan hati kita tak sedap untuk melakukannya,

lantas kita berhenti,

tapi kita tak tahu apakah perasaan itu?

 

Atau,

pernah tak terasa, bila kita duduk saja-saja,

kita reflect kehidupan kita sebelum-sebelum ni,

kita rasa kita nak berubah?

 

Ketahuilah,

Itulah antara perasaan-perasaan yang kita rasa,

apabila Allah melemparkan hidayahNya.

 

Secara kita sedar tak sedar,

Bila kita menyimpang dari jalanNya yang lurus

Dia akan ‘tarik’ balik kita ke jalan yang sepatutnya

 

Tapi kita manusia,

kadang sedar, kadang tak.

Yang sentiasa tak lari daripada kesalahan.

Yang selalu terfikir bahawa kita punya masa untuk berubah di masa hadapan

So, kita menyimpang balik ^^

 

Tapi kasih sayang Allah itu luas.

Dia tarik balik kita ke jalan yang lurus dengan berbagai cara.

Lintasan hati, suasana sekeliling, peristiwa, dan berbagai lagi.

 

Jadi, apabila hidayah Allah itu datang, garablah.

Sebab sebenarnya hidup kita tak lama.

Sebab hidayah Allah itu mahal.

 

Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya

kepada jalan yang lurus [2 : 213]

 

Dan, perubahan itu tak perlu drastik.

Kerana sifat gopoh itu tidak efficient.

Dan membuatkan kita balik kepada perangai yang lama.

Berubahlah sedikit-sedikit.

Carilah kawan dan persekitaran yang membantu 🙂

 

Hidayah itu ibarat cahaya. Ia tidak akan menyapa kamar yang tidak

dibuka jendelanya.

 

 

Bukalah hati untuk disapa hidayah itu. InsyaAllah akan terasa kemanisannya 🙂

Teruskanlah berdoa. Kerana rahmat kasih sayang Allah itu tidak pernah putus terhadap hamba-Nya

 

 

*this is a reblog. thanks bro and the other bro n my friend for the permission =)

 

it’s simple but it makes us think very deeply.

 

think about it. it’s time to lower our ego and change for the better.

 

” ala … nnt kalau aku berubah, org ckp aku alim la ape la ”

” i might lose some friends ….. ”

” but I love my current life ?!?!?! ”

 

tahukah anda,

 

mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa

Diriwayatkan dari Imam Ahmad daripada Al-Nu’man bin Bashir: Kami duduk di masjid, maka datang Abu Thaalabah Al-Khashni, lalu berkata: Wahai Bashir bin Saad adakah kamu ingat hadith Rasulullah (SAW) tentang pemimpin?

Maka kata Huzaifah: Saya ingat hadith tersebut. Lalu Abu Thaalabah pun duduk.

Beliau menyambung: ” masa kenabian itu ada di tengah tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

 

selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian ( khilafah ‘ala minhaj an-nubuwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

 

selanjutnya masa kerajaan yang menggigit ( Mulkan’ Adhan ) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

 

setelah itu masa kerajaan yang menyombong ( Mulkan Jabariyyan ) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

 

selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian ( khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah )

 

kemudian beliau ( Nabi ) diam ”

Hadith ini turut diriwayatkan oleh Al-Tayalisi dan Al-Baihaqi , juga Al-Tabari. Sheikh al-Albani menganggapnya sahih manakala Sheikh al-Arnaout menganggapnya hasan.

 

Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika nabi masih hidup -zaman ini sudah berlalu

 

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang menikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat islam diperintah oleh Khulafa’ Rashidin – zaman ini sudah berlalu

 

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. ” Menggigit” dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monarki- zaman ini telah berlalu

 

Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela – dah fasa itu ialah zaman sekarang

 

Kemudian, setelah berlakunya fasa keempat, akan datang fasa 5

 

Pada fasa ke 5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam

 

Setelah habis mengenai fasa tersebut, tiba tiba Rasulullah S.A.W diam

 

Dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat ”

 

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke 4 ni akan kedatangan satu fitnah, fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

 

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana kekuasaan telah berada di pihak orang orang yang beriman

 

Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia telah tamat

 

Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin ke neraka

 

dan fasa ke 4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG

 

so ? are we ready to face this ?

 

mungkin lepas baca note ni anda akan rasa takut and terus nak berubah.

 

mungkin anda tak kesah.

 

and mungkin terdetik di hati “ala kalau aku berubah pun, sebab takut, bukan kerana Allah, buat apa, niat pun dah salah ?”

 

Terfikir tak anda kalau ini “mungkin hidayah untuk aku ?” Hidayah datang, lagi ?

 

Minggu ni je, ada sorang anak kenalan family meninggal dunia, ada sorang kawan abah kena stroke, ada sorang lagi jatuh sakit and terus lupa ingatan.

 

Hidayah datang, again and again.

 

“Takpelah, kalau taknak berubah sekarang, nanti hidayah datang lagi, kan ? ”

 

Hurm. Ok, but what if, sebelum hidayah datang again, ajal datang dulu ?

 

Astagfirullahalazim.

 

Sama-sama kita remind each other. InsyaAllah

 

Saya share sebab saya care kat awak sume.

 

(Edited by: Wan Amirul Asyraf)

Upacara pembersihan Kaabah ini diadakan dua kali setahun (Hijrah) iaitu pada 15 Muharram dan 1 Syaaban.

Upacara ini dihadiri oleh Gabenor Makkah Putera Khalid Al-Faisal, tetamu diraja, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, Ketua Suruhanjaya Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta dif-dif kehormat,

Upacara ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan pembersihan Kaabah dengan air zamzam yang dicampur dengan air mawar.

Seterusnya dif-dif kehormat melaksanakan tawaf sunat dan bersolat sunat tawaf 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim sebelum berangkat pulang pada jam 9.40 pagi.

Sumber video: http://www.haramain.info/

Majlis Apresiasi BUSAS 2012

Pada 08 November / 23 Zulhijjah 1433H yang lalu BUSAS telah menganjurkan Majlis Apresiasi BUSAS sesi 2012/1433H di Restoran Bumbu Desa, Alamanda Putrajaya. Majlis ini boleh dikatakan agak ‘simple’ berbanding tahun-tahun lepas memandangkan tempat yang terbuka dan boleh menarik perhatian orang ramai.

Majlis dimulakan pada jam 8.00 malam dengan bacaan doa oleh saudara Wan Amirul Asyraf dan seterusnya ialah sesi makan malam.

Selesai majlis tepat jam 9.00 malam semua AJK BUSAS bergambar kenang-kenangan.

AJK BUSAS Sesi 2011/12

Kepada AJK BUSAS tingkatan 5 2012 kami mendoakan agar anda berjaya di luar sana. Pesan kami, jangan tinggalkan solat di mana sahaja dan dalam apa jua keadaan kerana solat merupakan tiang agama dan juga rukun Islam kedua selepas syahadah, juga sebagai perkara pertama yang akan dihisab pada hari akhirat kelak 🙂

Sekian.

Akhukum fillah,

Wan Amirul Asyraf.

16.01.1434H

Seorang sufi, Al-Harits al-Muhasibi dalam kitabnya, ‘al-Washaya’ menuliskan bahwa, aku telah mendengar sebuah Hadits Rasulullah Saw yang sanad-nya belum aku yakini dengan pasti. Namun jika memang Hadits itu shahih maka kandungannya akan sangat bermanfaat bagi kita.

Disebutkan bahwa ada salah seorang laki-laki memberikan pujian kepada rekannya yang sedang berada di samping Rasulullah saw. Maka beliau bersabda, “Seandainya temanmu tadi itu sedang sekarat dalam keadaan ridha dengan pujian yang kamu sampaikan kepadanya, lantas dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Neraka.” Dalam kesempatan lain Rasulullah saw pernah bersabda kepada para sahabat, “Ingatlah, janganlah kalian saling melontarkan pujian! Jika kalian melihat ada orang-orang yang memberikan pujian, maka taburkanlah pasir ke wajah mereka!” (Hr. Ahmad, Abu Dawud, at-Turmudzi).

Saudaraku, semua ini bukan berarti kita tak berhak menerima pujian. Sebagian ulama mengatakan bahwa, suatu pujian kalau disampaikan bebas dari unsur-unsur negatif seperti di atas, maka boleh dilakukan. Sebab, dalam beberapa kesempatan, Rasulullah saw juga sering memberikan pujian dan sanjungan kepada para sahabat, bilamana menurut beliau justru akan semakin menambah semangat kerja dan daya juang mereka, bukannya semakin membuat mereka sombong.

(10.12.2012/25.12.1433H)

Janganlah kita fikir bahawa kita disayangi oleh Allah dengan sebab kita sentiasa mendapat nikmat. Berjaga-jagalah sentiasa setiap kali mendapat nikmat kerana takut kita DIISTIDRAJKAN (pemberian nikmat oleh Allah kepada hamba-Nya yang mana pemberiaan-Nya
itu tidak diredhai-Nya supaya hamba-Nya itu semakin lalai)
oleh Allah.
Rasa gembira apabila mendapat nikmat adalah perlu tapi jangan sampai melampaui batas.

Biarlah kita,
– rasa bimbang kerana takut nikmat yang diberikan akan
menambahkan lagi murka Allah kepada kita
– rasa malu kerana kita tidak layak untuk mendapat nikmat dari Allah disebabkan dosa kita yang terlalu banyak
– dan yang paling penting adalah rasa bersyukur kerana Allah sentiasa menempelak manusia di dalam Al-Quran disebabkan kebanyakan manusia tidak mahu bersyukur dengan nikmat Allah melainkan hanya sedikit sahaja.

Beringatlah sentiasa dan Salam Ma’al Hijrah. (15.11.2012/01.01.1434)

%d bloggers like this: