Latest Entries »

Advertisements

Aidiladha :)

HAPPY AIDILADHA 🙂 May Allah accept our deeds.

  (: كل عام والأمة الإسلامية بخير، تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

 

Muktamar Sanawi BUSAS 2012

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على المبعوث، رحمة للعالمين، وعلى آله وأصحابه أجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kemuncak bagi program BUSAS pada tahun ini ialah Muktamar Sanawi 2012 yang diadakan pada hari Khamis, 13 September 2012 (26 Syawal 1433H). Tujuan muktamar ini diadakan ialah sebagai tanda penyerahan kuasa, tugas dan tanggungjawab daripada pelajar Tingkatan 5 kepada Tingkatan 4. Majlis dimulakan selepas solat Maghrib dengan tayangan video dan ucapan daripada Ustaz Ramli bin Ahmad dan Tuan Pengetua sendiri. Seterusnya ialah pengumuman HICOM yang baru. Berikut ialah senarai HICOM yang dipilih.

Huzaifah bin Hibatur Rahman (Huzaifah), Presiden BUSAS

Muhammad Adil Wahi bin Muhammad Zaini (Wahi), Timbalan Presiden (Pengurusan)

Aizat bin Azman (Aizat), Timbalan Presiden (Kerohanian)

Wan Amirul Asyraf bin Wan Shamsir Nizam (Wan), Setiausaha Agung

Aiman Syakirin bin Zaidun (Aiman), Timbalan Setiausaha

 

Ahmad Maher bin Khusaini (Maher), Bendahari Kehormat

Sementara di bawah ini pula ialah ketua-ketua lujnah. Mereka ialah:

Muhammad Adil Wafi bin Muhammad Zaini (Wafi), Ketua Lujnah ICT & Penerbitan

Muhammad Najmi bin Zainudin (Najmi), Ketua Lujnah Kebajikan

Muhammad Haziq bin Shafe’ee (Haziq), Ketua Lujnah Musolla

Khairun Faizzin bin Khairunnizam (Faizzin), Ketua Lujnah Rehlah

Ahmad Nasri bin Gazali (Nasri), Ketua Lujnah Tarbiyyah

Diharapkan HICOM yang telah dilantik dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan setia dan sempurnanya.

Sekian dahulu daripada kami, maaf jika terdapat salah silap dalam penghasilan artikel ini.

Assalamualaikum para followers sekalian. Sebelum tu, kami nak minta maaf sebab dah lama tak update, jadi kita teruskan perjuangan kita 🙂

So yeah, here are the activities..

 

TADARUS PARA GURU

 

PROGRAM ROCK SAMPAI SYURGA @ Multimedia University

 

Bengkel Tahfiz Doa

 

Penyerahan Zakat Bank Rakyat 1432H

 

Iftar Jama’ie SAS 1433H

 

Iftar ASAS 1433H

 

Program Khidmat Masyarakat dan Jati Diri SAS 2012 @ Kampung Sungai Ubi, Cameron Highlands.

Pada 1 Ogos yang lalu seramai 40 orang pelajar telah pergi ke Multimedia University, Cyberjaya untuk menghadiri Forum ‘Rock Sampai ke Syurga’ dengan Ustaz Fauzi selaku moderator dan Imam Muda Asyraf serta Sham Kamikaze selaku ahli panel. Program ini bermula selepas solat asar dan berakhir selepas solat fardu Maghrib. Mereka turut berbuka puasa di sana.

 

 

Alhamdulillah, kini sampailah kita ke bulan Ramadan. Pihak BUSAS telah merancang beberapa projek untuk para pelajar sepanjang bulan yang mulia ini. Antaranya termasuklah:

 

1.  Tadarus Al Quran Pelajar.
2.  Tadarus Al Quran antara guru-guru.
3.  Tadarus Perdana para guru dan staf sokongan setiap pagi Jumaat.
4.  Solat Sunat Tarawikh
5.  Bacaan Ma’thurat selepas asar
6.  Solat sunat Dhuha semasa rehat.
7.  Majlis Khatam Al Quran
8.  Iftar Jama’ie Ramadhan
9.  Qiamullail dan Sahur Jamaie.
10.Infak dan kutipan dana Ramadhan
11.Tazkirah dan Kuiz sebelum solat tarawikh
12.Bengkel Tahfiz Doa (tingkatan 4)
 
 
Program Ihya’ Ramadan tahun ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM.
 
Akhir sekali diharapkan semua jawatankuasa pelaksana program ini dapat menjalankan amanah yang telah diberikan. Sekian, terima kasih.
 
 
 

Welcome to Syaaban :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Alhamdulillah, sampailah kita ke bulan Syaaban, bulan di mana Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat sebagai persediaan untuk Ramadan al-Mubarak yang bakal menjelang. Hari ini merupakan 3 Syaaban, bermakna tinggal 27 hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke bulan Ramadan.

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah sama sahaja dengan bulan-bulan lain, cuma boleh diperbanyakkan puasa sunat sesuai dengan hadis Aisyah berkenaan puasa Rasulullah, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa (sunat) lebih banyak daripada bulan Syaaban.”

Jadi kami, pihak BUSAS menyeru kepada para pembaca supaya sama-sama kita mempertingkat dan menambah amalan kita sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya , kita sebagai seorang muslim masih lagi diberi peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini. Bersyukur juga kita kepada Allah SWT kerana telah diberikan nikmat yang besar iaitu nikmat Islam dan Iman. Sesungguhnya banyak lagi nikmat Allah SWT yang diberikan kepada hambaNya di dunia ini yang patutu kita syukuri sehinggankan kita tidak sanggup menhintungnya

Maksudnya:

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An-Nahl: 18)

Berdasarkan tema Maulidur Rasul pada tahun ini, Kecekalan Menghadapi Rintangan Membuahkan Kejayaan yang Cemerlang jelaslah bahawa tanpa ada semangat dan azam yang kental dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT, kejayaan yang diharapkan pastitidak akan dikecapi. Kita perlu mencontohi kisah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat baginda. Baginda sanggup menempuh segala rintangan, tuduhan, cemuhan dan kezaliman yang dilemparkan oleh umat baginda suatu ketika dulu dalam menyebarkan dakwah Islamiah yang suci ini.

Cuba kita renungkan sejenak, sekiranya baginda SAW tidak mempunyai semangat jihad yang tinggi dan kecekalan hari yang mendalam, agama Allah yang benar ini tidak akan sampai kepada kita sekarang. Mungkin hari ini, kita sedang menganut agama kristian atau pun buddha dan mungkin juga pada saat ini, kita sedang melakukan banyak perkara maksiat hingga menyebabkan diri kita digelumang dengan dosa yang menggunung tinggi sekiranya Islam tidak sampai ke dalam diri kita. Justeru, bersyukurlah wahai umat Muhammad, kentalkanlah jiwa kamu dalam menegakan syiar Islam dan sambunglah dakwah Rasulullah SAW agar ajaran-ajaran yang dibawa oleh baginda berterusan hingga ke akhir zaman.

editor: Ismail Azran

Selamat Datang

Bersyukur ke hadrat Illahi akhinya Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah (BUSAS) telah berjaya menyiapkan web rasmi BUSAS. Web ini digunakan sebagai medium untuk berkongsi ilmu dan  maklumat tentang dan aktiviti BUSAS.

Web ini juga menyiarkan video-video dan majalah-majalah yang telah dicipta secara asli oleh BUSAS. Kami berharap agar para pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran atas segala artikel yang kami kongsikan di laman web kami.

%d bloggers like this: